Khasiat Herba Senduduk

Pengenalan

Kegunaan, Mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar,Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut, Air  rebusan digunakan mandi untuk ubat penyakit kuning. Pokok senduduk yang berasal daripada famili melastomataceae kebanyakan berada di kawasan khatulistiwa dan kawasan-kawasan subtropik. Di Asia Tenggara sahaja, genus Melastoma mengandungi 22 spesies manakala di Malaysia mengandungi sekurang-kurangnya 12 spesies, yang kebanyakkannya digunakan oleh kaum orang asli sebagai perubatan tradisional.Senduduk merupakan pokok belukar kecil lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan .

Ciri-Ciri Pokok

Pokok Senduduk merupakan tumbuhan renek kecil dan bercabang . Boleh tumbuh sehingga 3m tinggi. Daunnya berbentuk ringkas, lanseolat dan panjangnya boleh mencapai sehingga 7 cm. Daunnya hijau, tekstur kasar, ditutupi dengan bulu-bulu halus. Bunganya besar dan boleh mencapai 5-7 cm lebar. (sunber forestry)

Fakta Sains:

Nama saintifik : Melastoma malabathricum L
Nama biasa : Singapore rhododendron
Nama tempatan : Senduduk
Famili : Melastomatacea

Kegunaan

Ekstrak daun dan akar digunakan untuk merawat cirit-birit, disentri, epilepsi dan rematik (Noraslamiah Sarju et al., 2010). Penduduk di Laos mencampurkan akar dengan batang kayu Dio som (ramuan Laos) dan direndam dengan air kaedah yang digunakan adalah untuk minum dan mandi untuk ubat penyakit kuning (A.Libman et.al, 2006). Pucuk ditelan untuk merawat jangkitan nifas, tekanan darah tinggi dan diabetes sementara jus dapat digunakan sebagai ubat kumur untuk melegakan sakit gigi atau untuk merawat keputihan. Kulit kayu digunakan untuk rawatan penyakit kulit dan bunga digunakan untuk rawatan barah manakala biji untuk rawatan cirit-birit (H.Jamalnasir et.al., 2012).Daun dan pucuk secara tradisinya dimakan untuk memulihkan cirit-birit.

  • Mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar
  • Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut.
  • Air  rebusan digunakan mandi untuk ubat penyakit kuning
  • Manakala air rebusan daun dan akar diminum untuk rawatan selepas bersalin.
  • Air rebusan campuran daun-daun senduduk, cuka, halia bara (Zingiber officinale) dan bonglai (Zingiber cassumnar)digunakan untuk rawatan leucorrhea.
  • Air rebusan campuran daun dan pucuk senduduk serta dicampur dengan kulit manggis atau kulit buah manggis yang dibakar menjadi arang digunakan untuk merawat cirit-birit.
  • Serbuk daun senduduk juga digunakan untuk merawat disenteri, luka-luka dan juga digunakan sebagai tonik.

Kajian

  1. Antibacterial Activity of Flower, Leave and Stem Extract of Melastoma decemfidum Download PDF

Rujukan

  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Melastoma
  2. Deny S., Hasnah M. S., Farediah a., Rasadah M. A., Norio A., Mariko K. 2007.  Antioxidant and cytotoxicity flavonoids from the flowers of Melastoma malabathricum  L. Food Chemistry. 103:710-716.

  3. Noraslamiah S., Maaruf A. G., Salehhuddin H., Azman A. S. 2010. Antioxidant activity and cytotoxicity of the leaves of Melastoma decemfidum Roxb. Ex. Jack. www.biotek.gov.my.

  4. A.Libman, S. Bouamanivong, B. Southavong, K. Sydara, D.D. Soejarto. 2006 . Medicinal plants : An important asset to health care in a region of Central Laos. Journal of Ethopharmacology. 106:303-311.

  5. H. Jamalnasir, A. Wagiran, N.A. Shaharuddin, A. Abd Samad. 2012 . Isolation of chalcone synthase (CHS) gene from Melastoma decemfidum Roxb ex. Jack.UMT 11th International Annual Symposium Science and Management.1132-1137.

     

 

 

Related post

error: Alert: Content is protected !!