Pahlawan kemerdekaan Tok Gajah

 Pahlawan kemerdekaan Tok Gajah
Nama sebenarnya Imam Rasul bin Shahrum, beliau digelar dengan gelaran Orang Kaya Imam Indera Gajah Perang, Khatib Rasul dan Imam Perang Rasul.
Beliau merupakan Orang Besar Raja yang berkuasa dari Batu Redap hingga ke Kuala Piul, begitu juga dari Tanjung Sakti hingga ke Kangsa, dari Pedas hingga ke Tanjung Lindung, dan Lembahan Sungai Budu, Lipis.
Kedudukannya yang setaraf dengan Orang Besar Berempat di Pahang, dan menjadi orang kepercayaan Sultan, yang menjadikan beliau orang yang dihormati di Ulu Pahang.
Beliau merupakan pahlawan yang menentang kemaraan dan campur tangan Inggeris di Pahang pada 1893 – 1895. Pihak Inggeris telah mengeluarkan perintah untuk menangkap beliau pada 1897. Kemudiannya beliau melarikan diri ke Ulu Kelantan dan akhirnya di Hulu Terengganu.
Beliau kembali ke Rahmatullah pada 1901 dan dimakamkan di Kampung Pasir Nering, Hulu Terengganu yang tidak jauh dari tapak Memorial Batu Bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang, Terengganu.

Related post

error: Alert: Content is protected !!